Anak-anak kita memang pandai...cuma



Freehand Visualization Skills (FVS) 
Ia merupakan kemahiran atau keupayaan menzahirkan idea-idea bernas berdasarkan proses berfikir keatas media seperti kertas atau digital. Ianya perlu dilakukan secara manual atau lakaran bebas bukannya melalui perisian komputer.

Keperluan Freehand Visualization Skills (FVS)
Tahukah anda?  keperluan FVS ini adalah untuk berkomunikasi secara efektif kepada golongan sasar. Sila rujuk gambarajah diatas, setiap hari anda akan melalui proses ini untuk berkomunikasi. Proses yang akan berlaku:
a. Think : anda perlu berfikir untuk membuat sesuatu. 
b. Communicate : setelah berfikir, pastinya anda perlu menzahirkan idea-idea tersebut ke atas media seperti kertas atau digital.
c. Implement : seterusnya, anda akan melakukan apa-apa yang telah difikirkan berdasarkan idea-idea yang telah dilakar secara jelas diatas media tersebut.

Isu BESAR Freehand Visualization Skills (FVS)
Isu FVS ini nampak kecil tetapi sebenarnya sangat besar impaknya sekiranya kita gagal menzahirkan idea-idea bernas kita secara efektif. Rujuk gambarajah diatas, jelas menunjukkan anda sekiranya anda gagal menzahirkan idea-idea bernas secara efektif, produktiviti anda akan menurun secara mendadak.  

Scenario 01: Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) 
Semua orang tahu, soalan KBAT adalah soalan-soalan komplek untuk menguji kecekapan minda untuk berfikir. Sila rujuk gambarajah diatas, anak anda seorang yang sangat pandai berfikir cuma kurang pandai menggunakan FVS untuk menzahirkan idea-idea bernas. Semasa peperiksaan besar berlaku, anak anda tahu jawapan kepada soalan KBAT tersebut (berdasarkan kecekapan berfikir- THINK) tetapi malangnya beliau kurang yakin untuk menzahirkan jawapan tersebut dalam bentuk yang mudah difahami iaitu lakaran visual dan disokong dengan teks. Akhirnya, jawapan yang dihasilkannya hanya menepati 70-80% kehendak soalan. 

Terdapat banyak impak SANGAT BESAR kepada semua yang terlibat dalam senario ini:
1. Anak : mendapat keputusan yang kurang memuaskan bukan kerana beliau tidak pandai tetapi kurang pandai menggunakan FVS.
2. Guru : mendapat keputusan yang kurang memuaskan dalam prestasi kerja disebabkan anak-anak murid beliau tidak mendapat keputusan yang cemerlang. Bukan anak-anak murid beliau tidak pandai berfikir cuma kurang pandai menggunakan FVS.
3. Sekolah : mendapat keputusan yang kurang memuaskan dalam prestasi sekolah disebabkan anak-anak murid (keputusan peperiksaan)  dan guru (prestasi kerja) tidak mendapat keputusan yang cemerlang. Ia hanya disebabkan anak-anak murid di sekolah tersebut kurang pandai menggunakan FVS.
4. dan seterusnya... sehinggalah impak produktiviti kepada negara

Impak SANGAT BESAR ini berlaku hanyalah disebabkan oleh kurang kemampuan seseorang individu untuk menzahirkan idea-idea bernas mereka. Impak PALING BESAR... negara akan kehilangan 20-30% produktiviti disebabkan senario ini.

Solusi kepada isu kurang pandai FVS.
Isu kurang pandai FVS hanya boleh diatasi dengan memastikan anak-anak kita pandai menghasilkan gubahan visual menggunakan lakaran bebas. Ini kerana asas kepada FVS adalah kemampuan seseorang menghasilkan gubahan visual menggunakan lakaran bebas. Proses untuk menguasai FVS perlu dilatih secara sistematik dan berterusan. Latihan sistematik sangat diperlukan oleh anak-anak kita kerana keupayaan seseorang individu dengan individu yang lain adalah berbeza. Kita perlu mengenal pasti aras keupayaan melakar anak-anak sebelum memulakan proses latihan. 

Bagaimana ibubapa boleh melatih anak-anak pandai FVS tanpa perlu menghadiri kelas melukis secara formal. Ibubapa boleh menjadi jurulatih FVS kepada anak-anak dengan menggunakan pendekatan tertentu. Banyak kelebihan yang akan diperolehi sekiranya kelas FVS ini dijalankan sendiri oleh ibubapa, diantaranya:
  • Penjimatan kos : ibubapa dapat menjimatkan kos-kos seperti yuran pengajian, yuran pengangkutan dan kos belanja anak (beli gula-gula dan sebagainya sebelum dan selepas kelas). Contoh penjimatan tersebut dinyatakan dibawah:  
         a. Yuran pengajian: RM150 (sebulan x 4 kelas) x 12 bulan = RM1800.00
         b. Yuran pengangkutan : RM50 x x 12 bulan                         =   RM600.00
         c. Belanja anak : RM40 x 12                                                      =   RM480.00
         jumlah perbelanjaan setahun untuk menghadiri 
         kelas melukis untuk seorang anak:                                               RM2880.00 


         Sekiranya anda mempunyai 3 orang anak x RM2880.00  =   RM8640.00
       
  • Aktiviti bersama keluarga : Ia merupakan aktiviti bersama keluarga yang sangat bagus sekiranya proses ini berlaku secara berterusan. Manfaat yang sangat positif boleh diperolehi oleh kedua-dua belah pihak iaitu ibubapa & anak-anak.
         Manfaat kepada anak-anak:
         a. Masa diisi dengan aktiviti-aktiviti membina modal insan.
         b. Tidak perlu menghadiri kelas dilokasi lain. 
         c. Penjimatan masa untuk bergerak ke lokasi kelas.
         d. Silaturrahim dengan ibubapa.
         e. Memberi pengalaman baru kepada anak-anak.

         Manfaat kepada ibubapa
         a. Masa diisi dengan aktiviti berfaedah dengan anak-anak.
         b. Mengasah kemahiran FVS untuk diri sendiri yang boleh digunakan di tempat kerja.
         c. Memberi pengalaman baru mengajar anak-anak tentang FVS.
         d. Silaturrahim dengan anak-anak.
  • Potensi memberi khidmat kepada orang lain yang memerlukan. Sekiranya anda sebagai ibubapa berjaya melatih anak-anak mahir FVS ini, peluang untuk membantu orang lain amat terbuka luas. Pastinya faedahnya akan berlipat kali ganda.
Ibubapa perlu mengambil langkah proaktif dalam memastikan aktiviti melatih FVS ini dijalankan secara pendekatan sistematik dan proses berterusan. 

  • Pendekatan Sistematik yang dimaksudkan adalah proses tersebut perlu dilatih mengikut keupayaan anak-anak kita. Bermula daripada peringkat asas kepada peringkat yang lebih tinggi. Proses pembelajaran dan latihan sistematik dapat dilaksanakan dengan menggunakan pendekatan www.drawzania.com. Platform ini diformulasi untuk memudahkan ibubapa merancang dan mengadakan latihan FVS mengikut keperluan mereka secara sistematik. Malah platform ini juga menyediakan sebanyak 2400 demo video untuk memudahkan lagi proses latihan menguasai FVS. 
  • Proses berterusan melatih FVS kepada anak-anak perlu diteruskan sehingga umur mereka mencapai 18 tahun (saya akan jelaskan kenapa perlu berterusan sehingga 18 tahun pada artikel saya seterusnya. Ianya mempunyai perkaitan dengan teori Aesthetic). 
Saya ingin menekankan kepada ibubapa bahawa seseorang individu yang tahu melakar  tidak semestinya mempunyai kemahiran Freehand Visualization Skills (FVS). Tetapi kepada individu yang mahir FVS pastinya pandai melakar.

Boleh lawati platform Drawzania melalui link ini:
https://drawzania.com/site/ref/53417462296194951457288994238412 


Tamat.

Comments

Popular Posts