Staf kita memang pandai....cuma 'miscommunication'

Miscommunication....

Komunikasi efektif di tempat kerja amat penting untuk memastikan semua kerja dapat dilaksanakan dengan sempurna. Pernahkah anda mendengar atau melafazkan perkataan 'miscommunication' kepada rakan sekerja atau pelanggan anda. Pernahkah anda terfikir:

  • Apakah faktor utama penyebab situasi tersebut berlaku?

Penyebab utama senario ini berlaku adalah maklumat yang disampaikan tidak jelas oleh penyampai dan tidak difahami oleh penerima maklumat. Maka berlakulah situasi 'miscommunication'. 



Ilustrasi di atas menggambarkan keadaan 'miscommunication' yang kerap berlaku dalam organisasi. Staf diarahkan untuk menerangkan tentang satu idea yang perlu digambarkan secara jelas... tetapi mereka gagal berkomunikasi secara visual. Akhirnya idea tersebut boleh diperjelaskan dan difahami hanya 70% daripada idea asal. Pastinya 'miscommunication' akan berlaku dan proses ini akan berulang malah akan memberi kesan berantai sekiranya ia melibatkan satu organisasi yang sangat besar.  

Contoh yang diberikan diatas jelas menerangkan kepada kita bahawa kerugian yang besar pastinya akan berlaku secara 'intangible' (perkara yang sukar diukur). Bayangkan hal ini berlaku kepada semua peringkat dalam organisasi... kerugian yang amat besar akan berlaku. Isu ini nampak sangat remeh dan kecil tetapi impaknya sangat besar terutama kepada produktiviti sesebuah organisasi.

Tindakan segera perlu diambil untuk memperkasakan 'Freehand Visual Communication Skills (FVCS)' dalam sesebuah organisasi iaitu melatih kesemua staf mahir FVCS. Kosnya pasti tinggi dan mungkin sukar untuk dilaksanakan. Tetapi kesan jangka panjang amat merugikan seperti dalam simulasi ini...  bersambung...

Comments

Popular Posts